Wednesday, December 11, 2013


Omega Guard Shaklee, Apakah Faedahnya?

Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3.
Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA.
ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga. kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan.
EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .


Faedah & kepentingan Omega-3


  1. Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  2. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  3. Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  4. Mengurangkan risiko strok
  5. Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  6. Merendahkan tekanan darah
  7. Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.


Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat



Mengapa Omega Guard Shaklee?

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.



Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu
  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes

Tuesday, December 10, 2013

Ahli Shaklee Kod 1080767

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
Saya merupakan Shaklee Independent Distributor. Baru menjadi ahli pada 21 November 2013 iaitu 4 hari selepas hari lahir saya yang ke-26 pada 17 November 2013. Maklumlah musim cuti sekolah, seperti biasa aku tiada aktiviti nak dibuat. So, mulalah berjinak-jinak dengan Shaklee.

SEJARAH AKU DENGAN SHAKLEE

Dah lama aku dengar pasal Shaklee ni. Sejak zaman belajar di IPG lagi. Apabila suatu masa Ustaz Zakiamin, iaitu Pensyarah Pengajian Al-Quran memulakan part-time Shaklee. Apabila masuk dalam kelas, pasti beliau akan bercerita serba sedikit pasal Shaklee. Tapi time belajar mana lah ada duit sangat. So, tidak ambil peduli pun. Adalah satu hari tu, aku pergi makan KFC dengan sahabat aku, Hanafiah. Balik daripada KFC, kawan-kawan lain suruh singgah Surau IPG Kent sebab Ustaz Zaki nak timbang guna timbang yang special. Aku pergi sajelah. Sangat menyedihkan apabila umur aku yang ketika itu baru 22 tahun, tetapi apabila ditimbang, umur dalaman aku sudah 60 tahun. Betapa tidak sihatnya aku. Tapi still tidak endahkan sebab tidak mampu. Walaupun Ustaz Zaki buat promosi untuk student dengan harga yang murah, tapi entahlah, tak terdetik hati pun nak guna Shaklee.

Setelah tamat pengajian, aku pun mula bekerja sebagai guru. Bila dah kerja ni, ramai lah kawan yang promote pelbagai barang termasuk Shaklee. Aku tidak ambil endah langsung tentang Shaklee. Ada seorang kawan ni promote aku set kurus Shaklee. Tapi, dalam mind set aku, set tu mahal dan tidak berbaloi pun.
Aku terus sepi tanpa mengendahkan Shaklee.

BAGAIMANA TERDETIK MENJADI AHLI SHAKLEE?

Urm... susah nak jawab soalan tu.. hehe.. Maklumlah tak pernah peduli langsung pasal Shaklee kan.
Ceritanya bermula begini...
Aku mencari ubat ataupun suplemen untuk mak dan adik aku. Melihatkan keadaan mak yang menghidap kencing manis dan sakit sendi terutamanya lutut selama lebih dua tahun. Adik pula mengalami masalah jerawat yang tidak pernah surut. 27 Nov adalah hari lahir mak dan 8 Dis pula hari lahir adik. Jadi, aku rasa sangat sesuai belikan suplemen untuk hadiahkan kepada mak dan adik.
Aku pun buat carian di internet dan Facebook. Akhirnya aku teringat kat kawan aku yang pernah promote Shaklee kat aku iaitu Farizah Hamid. Time tu Farizah suggestkan set sendi dan set jerawat Shaklee untuk mak dan adik. Aku pun bersetuju dengan cadangan itu.
Aku belikan mak AJHT, OmegaGuard dan Ostematrix.
Adik aku pulak aku belikan Vit-C, Zinc dan ESP
Dalam pada itu, aku terus searching kalau-kalau ada kawan dari Semenanjung yang aktif Shaklee sebab Farizah tu dari Sabah. Alhamdulillah aku jumpa Abang Kuchai yang merupakan ahli Shaklee. Aku terus Whatsapp dengan abang Kuchai. Setelah beberapa perbincangan, aku terus bersetuju menjadi ahli Shaklee.

MUDAHNYA MENJADI AHLI SHAKLEE

Aku diberikan dua pilihan untuk menjadi Ahli Shaklee. Samada membayar RM75 untuk menjadi ahli seumur hidup. Ataupun membuat pembelian RM680 ke atas, mengumpul 200+ point (uv), mendapat bonus untuk bulan berikutnya dan mendapat keahlian percuma seumur hidup. Tanpa berfikir panjang, aku memilih cara kedua.
Aku belikan mak suplemen Shaklee paling mahal iaitu VIVIX untuk kencing manis mak. Kemudian, untuk diri aku sendiri aku beli set kurangkan berat badan iaitu Alfalfa, Lecithin, ESP, Cinch Choc, Cinch Tea
Kemudian aku tambah set kulit dan ketahanan badan iaitu Vit-C dan Vit-E.
Alhamdulillah setelah 2 minggu amalkan Shaklee, nampak beberapa perubahan positif. Sakit lutut mak semakin berkurang, mak semakin bertenaga. Adik pula jerawatnya sudah tidak seteruk dulu. Bila uzur, jerawatnya boleh dikawal. Aku pula berat badan dah susut. Aku turun 5 KG dalam seminggu. Selsema dan demam pun susah nak hinggap. Kulit semakin bersih dan tone kulit sekata. Alhamdulillah. Maha Suci Allah. Kita berusaha, Allah makbulkan.
Sekarang ni, aku masih aktif promosikan Shaklee, bukan untuk keuntungan aku semata-mata, tapi ikhlas dan jujur aku katakan, aku ingin membantu rakan-rakan di luar sana yang masih tercari-cari suplemen yang sesuai untuk seisi keluarga. In Shaa Allah Shaklee adalah jawapannya. Moga Allah membantu.

Sebarang pertanyaan mengenai Shaklee,
Boleh menghubungi saya SMS/Whatsapp 019-7007379
Ataupun Facebook Shaklee Fadzlee
Syukran.. :)

Afiah dan Ainul


Afiah dan Ainul merupakan anak buahku yang sangat comel.. Afiah berumur dua tahun lebih.. Ainul baru berumur 6 bulan.. Kalau pergi ke mana-mana, Afiah dan Ainul pasti menjadi perhatian.. Semoga kedua-duanya membesar dengan baik dan menjadi wanita-wanita solehah.. Amin..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, January 27, 2011

POSTING

Hari ni seluruh ex student batch PISMP IPG ambilan Januari 2007 sedang resah, gelisah dan tak tentu arah kerana menunggu khabar berita gembira yang bakal diketahui. Adakah khabar tentang posting yang akan diumumkan hari ini betul atau pun hanya khabar angin yang menghantui kami sejak sebulan yang lalu. Walaupun kami agak berkeyakinan bahawa keputusan posting akan diumumkan hari ini, namun keyakinan itu hanyalah 50% sahaja.
Selamat berjaya kepada semua rakan seperjuangan. Nanti beritahu tau kat mane posting. Good Luck and Congratulations...