Tuesday, December 10, 2013

Ahli Shaklee Kod 1080767

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
Saya merupakan Shaklee Independent Distributor. Baru menjadi ahli pada 21 November 2013 iaitu 4 hari selepas hari lahir saya yang ke-26 pada 17 November 2013. Maklumlah musim cuti sekolah, seperti biasa aku tiada aktiviti nak dibuat. So, mulalah berjinak-jinak dengan Shaklee.

SEJARAH AKU DENGAN SHAKLEE

Dah lama aku dengar pasal Shaklee ni. Sejak zaman belajar di IPG lagi. Apabila suatu masa Ustaz Zakiamin, iaitu Pensyarah Pengajian Al-Quran memulakan part-time Shaklee. Apabila masuk dalam kelas, pasti beliau akan bercerita serba sedikit pasal Shaklee. Tapi time belajar mana lah ada duit sangat. So, tidak ambil peduli pun. Adalah satu hari tu, aku pergi makan KFC dengan sahabat aku, Hanafiah. Balik daripada KFC, kawan-kawan lain suruh singgah Surau IPG Kent sebab Ustaz Zaki nak timbang guna timbang yang special. Aku pergi sajelah. Sangat menyedihkan apabila umur aku yang ketika itu baru 22 tahun, tetapi apabila ditimbang, umur dalaman aku sudah 60 tahun. Betapa tidak sihatnya aku. Tapi still tidak endahkan sebab tidak mampu. Walaupun Ustaz Zaki buat promosi untuk student dengan harga yang murah, tapi entahlah, tak terdetik hati pun nak guna Shaklee.

Setelah tamat pengajian, aku pun mula bekerja sebagai guru. Bila dah kerja ni, ramai lah kawan yang promote pelbagai barang termasuk Shaklee. Aku tidak ambil endah langsung tentang Shaklee. Ada seorang kawan ni promote aku set kurus Shaklee. Tapi, dalam mind set aku, set tu mahal dan tidak berbaloi pun.
Aku terus sepi tanpa mengendahkan Shaklee.

BAGAIMANA TERDETIK MENJADI AHLI SHAKLEE?

Urm... susah nak jawab soalan tu.. hehe.. Maklumlah tak pernah peduli langsung pasal Shaklee kan.
Ceritanya bermula begini...
Aku mencari ubat ataupun suplemen untuk mak dan adik aku. Melihatkan keadaan mak yang menghidap kencing manis dan sakit sendi terutamanya lutut selama lebih dua tahun. Adik pula mengalami masalah jerawat yang tidak pernah surut. 27 Nov adalah hari lahir mak dan 8 Dis pula hari lahir adik. Jadi, aku rasa sangat sesuai belikan suplemen untuk hadiahkan kepada mak dan adik.
Aku pun buat carian di internet dan Facebook. Akhirnya aku teringat kat kawan aku yang pernah promote Shaklee kat aku iaitu Farizah Hamid. Time tu Farizah suggestkan set sendi dan set jerawat Shaklee untuk mak dan adik. Aku pun bersetuju dengan cadangan itu.
Aku belikan mak AJHT, OmegaGuard dan Ostematrix.
Adik aku pulak aku belikan Vit-C, Zinc dan ESP
Dalam pada itu, aku terus searching kalau-kalau ada kawan dari Semenanjung yang aktif Shaklee sebab Farizah tu dari Sabah. Alhamdulillah aku jumpa Abang Kuchai yang merupakan ahli Shaklee. Aku terus Whatsapp dengan abang Kuchai. Setelah beberapa perbincangan, aku terus bersetuju menjadi ahli Shaklee.

MUDAHNYA MENJADI AHLI SHAKLEE

Aku diberikan dua pilihan untuk menjadi Ahli Shaklee. Samada membayar RM75 untuk menjadi ahli seumur hidup. Ataupun membuat pembelian RM680 ke atas, mengumpul 200+ point (uv), mendapat bonus untuk bulan berikutnya dan mendapat keahlian percuma seumur hidup. Tanpa berfikir panjang, aku memilih cara kedua.
Aku belikan mak suplemen Shaklee paling mahal iaitu VIVIX untuk kencing manis mak. Kemudian, untuk diri aku sendiri aku beli set kurangkan berat badan iaitu Alfalfa, Lecithin, ESP, Cinch Choc, Cinch Tea
Kemudian aku tambah set kulit dan ketahanan badan iaitu Vit-C dan Vit-E.
Alhamdulillah setelah 2 minggu amalkan Shaklee, nampak beberapa perubahan positif. Sakit lutut mak semakin berkurang, mak semakin bertenaga. Adik pula jerawatnya sudah tidak seteruk dulu. Bila uzur, jerawatnya boleh dikawal. Aku pula berat badan dah susut. Aku turun 5 KG dalam seminggu. Selsema dan demam pun susah nak hinggap. Kulit semakin bersih dan tone kulit sekata. Alhamdulillah. Maha Suci Allah. Kita berusaha, Allah makbulkan.
Sekarang ni, aku masih aktif promosikan Shaklee, bukan untuk keuntungan aku semata-mata, tapi ikhlas dan jujur aku katakan, aku ingin membantu rakan-rakan di luar sana yang masih tercari-cari suplemen yang sesuai untuk seisi keluarga. In Shaa Allah Shaklee adalah jawapannya. Moga Allah membantu.

Sebarang pertanyaan mengenai Shaklee,
Boleh menghubungi saya SMS/Whatsapp 019-7007379
Ataupun Facebook Shaklee Fadzlee
Syukran.. :)

No comments:

Post a Comment